hanya.jpg

Saiyidina Ali Abu Talib r.a berkata: Ada empat tanda orang yang beramal tetapi tidak ikhlas, iaitu:-

1. Bermalas- malasan apabila bersendirian.
2. Cergas dan kreatif di hadapan orang ramai.
3. Menambahkan amalan apabila dilihat orang ramai.
4. Mengurangkan amalnya apabila dicaci dan dimaki.

Amalan tanpa ikhlas ini seolah- olah seperti seseorang itu mengisi batu kerikil di tepi jalan ke dalam sebuah bekas lalu membawanya ke pasar untuk dijual. Ia bukan sahaja tidak memperolehi apa- apa, tetapi ditertawakan orang lain. Darjat ikhlas itu merangkumi tiga perkara iaitu:-

1. Seseorang beribadat kepada Allah hanya mengharapkan keredaan- Nya atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. semata- mata.

2. Beramal baik kerana inginkan syurga dan menghindari seksa api neraka.

3. Beramal baik dengan harapan Allah S.W.T. akan melapang dan memurahkan rezekinya.

Lawan ikhlas ialah riak iaitu beramal baik kerana mengharapkan pujian orang lain dan menunjuk- nunjuk perbuatannya.

Imam Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub turut mentafsirkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadi salah seorang seperti anjing yang tunduk dan patuh kepada tuannya kerana rasa takut. Janganlah kamu seperti budak suruhan yang buruk perangainya iaitu tidak mahu bekerja jika tidak diberi upah.”

“Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?”- Ar-Rahman -16